- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kampus INFRA Sarawak Sebagai Pusat Rujukan Dalam Bidang Pembangunan Dan Penyelidikan Luar Bandar

Must read

Kampus Latihan Institut Kemajuan Desa (INFRA) Cawangan Sarawak akan menjadi pusat rujukan dalam bidang pembangunan dan penyelidikan luar bandar bagi negeri Sarawak.

Pihak INFRA akan menempatkan tenaga pengajar profesional dengan kerjasama pakar-pakar dalam bidang berkaitan pembasmian kemiskinan serta peningkatan pendapatan penduduk luar bandar di kampus tersebut.

Pembinaan kampus ini akan memberi peluang kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada pemimpin akar umbi seperti Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat, golongan belia, wanita serta masyarakat luar bandar untuk mendapat latihan-latihan yang ditawarkan oleh INFRA secara berterusan.

Dengan adanya kampus ini, dijangka lebih banyak program latihan akan ditawarkan kepada kumpulan sasar di peringkat yang lebih tinggi termasuk program latihan di peringkat sijil yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran serta program di peringkat Diploma dengan kerjasama Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS).

Selain sebagai pusat rujukan dan latihan, kampus ini juga akan menjadi pejabat operasi dan pentadbiran INFRA dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Negeri Sarawak.

Kampus INFRA Cawangan Sarawak merupakan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) yang telah mendapat kelulusan pada tahun 2015 dengan kos pembinaan sebanyak RM55.6 juta.

Kampus yang dijangka siap sepenuhnya pada akhir bulan Mei akan datang merupakan kampus yang kedua selepas kampus pertamanya di Bangi, Selangor.

Antara kemudahan yang terdapat di kampus INFRA Cawangan Sarawak ialah kompleks pentadbiran di bangunan blok 2 tingkat dengan kapasiti boleh memuatkan 100 kakitangan dan dewan makan dengan kapasiti 250 orang dalam satu masa.

Selain itu, terdapat juga blok akademik untuk fasiliti pembelajaran merangkumi auditorium dengan kapasiti 200 orang; tiga bilik kuliah berkapasiti 120 orang dan tiga makmal komputer berkapasiti 60 orang.

Bagi memberi keselesaan yang kondusif kepada para peserta, pihak kampus turut menyediakan asrama yang boleh menempatkan seramai 250 orang peserta dalam satu-satu masa merangkumi 10 unit bilik single, 48 unit bilik twin sharing dan 48 unit bilik triple sharing.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article