- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Perlu Perancangan Teliti Dalam Pembangunan Sesuatu Projek

Must read

Pembangunan sesuatu projek yang dilaksanakan di negeri Sarawak terutama di Bandaraya Kuching memerlukan perancangan yang lebih teliti dengan mengambil berat sistem perparitan kerana sistem perparitan yang lemah menjadi faktor berlakunya bencana banjir.

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB), Sungai Sarawak di Dataran MJC, Batu Kawa, Kuching pada 24 April 2018.

Disebabkan sistem perparitan yang lemah, bencana banjir mudah berlaku setiap kali hujan lebat kerana tiada saluran yang betul untuk air keluar daripada parit tersebut.

Tambah beliau, parit bersimen juga salah satu faktor yang menyebabkan banjir berlaku di Bandaraya Kuching kerana air dalam parit bersimen tidak dapat meresap ke dalam tanah lalu menyebabkan air bertakung dan akhirnya berlakulah banjir.

Bagi menyelesaikan masalah ini, beliau memberitahu Sarawak kini menggunakan teknologi pemetaan dalam perancangan bandar khasnya yang melibatkan sistem perparitan agar pembangunan bandar di Sarawak menjadi lebih terancang.

Jelas beliau, pemetaan digunakan untuk merancang sistem perparitan membolehkan kita mengenalpasti saluran air agar pembinaan bangunan yang sudah dirancang tidak akan membawa kepada masalah air tersumbat.

Sehubungan itu, Ketua menteri memaklumkan bahawa Pihak Berkuasa Perancangan Negeri (SPA) telah bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menggunakan pemetaan perparitan utama supaya perancangan bandar dapat dibangunkan dengan teliti.

Jelas beliau, dengan teknologi pemetaan, perancangan pembangunan perumahan dan komersial dapat dibangunkan secara bersepadu dengan sistem perparitan.

Berkenaan projek PLSB yang dirasmikan itu, beliau menyifatkan ia sebagai sebuah projek yang sangat penting buat Sarawak sebagai langkah untuk menyelesaikan masalah banjir yang melanda negeri Sarawak khasnya di kawasan Bandaraya Kuching.

Difahamkan bahawa, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengadakan kajian dan mengeluarkan Pelan Induk Saliran Bandaraya Kuching dan Samarahan pada tahun 2010.

Ia meliputi kawasan tadahan seluas 931 kilometer (km) persegi bagi mengenalpasti kaedah yang paling sesuai untuk menangani masalah banjir yang sering berlaku di bahagian Kuching dan Samarahan.

Kajian tersebut merumuskan bahawa pembangunan yang pesat di Bandaraya Kuching dan kawasan pinggir bandar telah menyebabkan berlakunya kejadian banjir kilat ketika hujan.

Dalam perkembangann lain, Ketua Menteri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM5 juta untuk membina tebingan Sungai Batu Kawa seperti yang dipohon oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan YB Datuk Dr Sim Kui Hian.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article