- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Jambatan Samarahan Dijangka Menjadi Laluan Utama Jalan Pesisir

Must read

Jambatan Samarahan dijangka menjadi salah satu daripada laluan utama di sepanjang laluan jalan pesisir pantai sekaligus akan melengkapkan jajaran-jajaran jalan raya pesisiran pantai yang berdekatan.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Muda Jalan Pesisir YB Datuk Julaihi Narawi ketika menyempurnakan Majlis Pembukaan Laluan Trafik di Jambatan Batang Samarahan, Kota Samarahan pada 8 Jun 2018.

Menurut beliau, jambatan Batang Samarahan ini adalah salah satu daripada penghubung kawasan luar bandar dan kawasan pesisir Sarawak yang amat penting dan ia sudah tentu akan memberi kemudahan yang lebih baik kepada rakyat di kawasan luar bandar.

Jambatan Batang Samarahan akan dapat menghubungkan Kota Samarahan dengan Asajaya melalui Jalan Kuching/Samarahan/Asajaya dan Jalan Pesisiran Pantai Asajaya/Sadong Jaya.

Sebelum ini, penduduk di sekitar Asajaya dan Samarahan hanya bergantung kepada perkhidmatan feri sedia ada di Kota Samarahan dan juga melalui Jalan Meranek / Lansat yang perlu menyeberangi hulu Batang Samarahan melalui jambatan di Kampung Melayu.

Apa yang menjadi masalah adalah perkhidmatan feri ini hanya ditawarkan pada masa-masa tertentu setiap hari, bergantung kepada paras air Batang Samarahan yang tidak menentu.

Manakala penggunaan Jalan Meranek/Lansat pula mengambil masa yang terlalu panjang disebabkan jajarannya yang melencong jauh ke hulu Batang Samarahan.

Dengan adanya Jambatan Batang Samarahan ini, ia akan memberi manfaat kepada kira-kira 70,000 penduduk Asajaya yang hendak pergi ke Bandaraya Kuching.

Jambatan Batang Samarahan sepanjang 774 meter yang terletak di bahagian utara kampung Tambey ini telah menelan kos pembinaan sebanyak RM110 juta dimana reka bentuknya adalah mengikut piawaian terkini British Standard (BS5400).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article