- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Ketua Menteri Sertai Perarakan “Niti Daun” Gawai Dayak 2018

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg bersama isteri  YABhg Datin Patinggi Dato Hajah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang telah menyertai perakan “Niti Daun” Gawai Dayak di Tebingan Kuching pada 22 Jun 2018.

Turut mengambil bahagian Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan YB Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing, Menteri Utiliti Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom merangkap pengerusi jawatankuasa penganjur, Menteri Muda Pengangkutan YB Datuk Dr Jerip Susil serta serta pemimpin-pemimpin Dayak yang lain.

Perarakan sejauh 1 kilometer yang bermula dari perkarangan Bangunan Tun Jugah menuju ke pentas utama perkarangan Square Tower, Tebingan Kuching membabitkkan 3,000 peserta terdiri daripada 93 kontinjen darat dan 31 kontinjen sungai termasuk konvoi motosikal berkuasa tinggi.

Sebelum acara perarakan berlangsung, upacara “miring” telah diadakan terlebih dahulu oleh Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS) di hadapan Bangunan Tun Jugah.

Kemudian, perarakan dimulakan dengan upacara simbolik “Ngerandang Jalai” yang mana menurut kepercayaan orang Iban adalah sebagai pembuka jalan bagi memohon agar perjalanan dan segala yang dilakukan berjalan dengan lancar.

Perarakan Niti Daun yang dianjur oleh komuniti Dayak Iban ini adalah bersempena sambutan Perayaan Gawai Dayak yang disambut pada 1 Jun setiap tahun dan bertujuan untuk mempamer serta mempromosikan budaya dan kewujudan komuniti Dayak di Sarawak dan Malaysia.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article