- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Integriti Dan Ilmu Pengetahuan Penting dalam Melaksanakan Tugas

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg menyifatkan Integriti dan Ilmu Pengetahuan sebagai dua elemen yang sangat penting dalam melaksanakan sesuatu tugas.

Menurut beliau, seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan namun tidak mempunyai integriti yang cukup tinggi mudah melakukan perkara yang tidak baik seperti menyalah guna kuasa.

Demikian juga, seseorang yang mempunyai integriti tetapi tidak memiliki ilmu pengetahuan juga turut mengundang masalah kerana ia tidak akan membantu seseorang itu untuk meningkatkan kemahiran diri.

Justeru, pendedahan ilmu sangat penting yang dapat mendorong kepada kewujudan integriti dalam diri kita demi kepentingan bersama termasuk organisasi.

Selain memiliki nilai integriti yang tinggi, beliau juga menegaskan bahawa pengetahuan inovasi juga penting kerana proses pentadbiran, cara bekerja dan perkembangan teknologi berubah mengikut peredaran masa.

Oleh sebab itu, integriti dan ilmu pengetahuan perlu seimbang agar prestasi yang terbaik dapat dicapai.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Minggu Integriti dan Inovasi Peringkat Kementerian Pembangunan Bandar Dan Sumber Asli Sarawak di Dewan Undangan Negeri Lama di Kuching pada 4 Julai 2018.

Mengulas mengenai program berkenaan, Ketua Menteri menyifatkan Minggu Integriti dan Inovasi merupakan sebuah program yang sangat bermakna untuk membantu penjawat awam meningkatkan lagi integriti dan nilai diri bagi memperbaiki proses dan sistem pengurusan serta tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka.

Jelas beliau, integriti adalah pegangan hidup dan keperibadian individu, justeru cara seseorang individu menjalankan tugas serta tanggungjawab sesungguhnya mencerminkan keperibadiannya sama ada mempunyai kualiti disiplin yang tinggi atau sebaliknya.

Sesuai dengan tema “Integriti Cara Hidup Kita” dan “Inovasi Tonggak Kecemerlangan”, Ketua Menteri mahu semua penjawat awam menjadikan nilai integriti sebagai budaya dalam bekerja dan menjadikan ilmu terkini dalam kehidupan seharian.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article