TYT Yang Di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud (duduk, tengah) merakam gambar bersama Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg (duduk tujuh, kiri), tiga Timbalan Ketua Menteri, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas(duduk enam, kiri), YB Tan Sri Datuk Amar (Dr.) James Jemut Masing (duduk enam, kanan) dan YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan (duduk lima, kiri) serta Menteri-menteri, Menteri-menteri Muda dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang lain selepas selesai Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga DUN Sarawak Ke-18 pada 9 Julai 2018.
Turut kelihatan Speaker DUN YB Datuk Amar Haji Mohamad Asfia Awang Nassar (duduk tujuh, kanan), Timbalan Speaker DUN YB Dato Gerawat Jala (duduk, kanan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani (duduk, kiri).
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga DUN Sarawak Ke-18 akan bermula pada esok, 10 Julai dan berakhir pada 18 Julai 2018.