- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Laman Web Rasmi Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-18 Dilancar

Must read

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) telah melancarkan laman web rasmi ww.mfc2018.com.my sempena Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-18 (MFC18) yang akan berlangsung di Kuching pada 31 Julai hingga 2 Ogos depan.

Menurut Pengarah JHS Encik Hamden Mohammad yang melancarkan laman web tersebut pada sidang media di pejabat beliau baru-baru ini, JHS dengan kerjasama Sarawak Forestry Corporation (SFC) menjadi tuan rumah untuk penganjuran kali yang keenam sejak diadakan pada 1966.

Sarawak menjadi tuan rumah buat kali terakhir pada 2008.

Pihak penganjur menganggarkan seramai 600 delegasi terdiri daripada badan dan agensi perhutanan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) termasuk Sarawak.

Jelas beliau, persidangan yang membincangkan 97 kertas kerja termasuk 24 pembentangan juga terbuka kepada delegasi dari luar negara.

Persidangan tersebut adalah platform yang menghimpunkan para pegawai dan penyelidik bidang perhutanan yang akan mencari kaedah dan penggunaan teknologi terkini dalam pengurusan hutan yang mampan.

Bertemakan ‘Advancing Sustainable Forestry Through Digitalization and Technology’, MFC18 akan dirasmikan oleh Ketua Menteri YAB Datuk Amar (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg.

Turut diadakan sepanjang persidangan adalah pameran dan ‘post tour’ untuk delegasi.

Para delegasi juga akan dibekalkan dengan kad pintar yang mempunyai kod QR yang mengandungi maklumat dan kandungan berkaitan persidangan yang boleh dimuat turun melalui peranti mudah alih.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article