- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Perkhidmatan Awam Negeri Giat Laksanakan Penambahbaikan Proses

Must read

Kerajaan negeri melalui pelaksanaan Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SCS10-20) telah banyak membawa perubahan besar dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat negeri Sarawak.

Menteri Di Jabatan Ketua Menteri (Integriti Dan Ombudsman) YB Datuk Haji Talib Zulpilip menjelaskan beberapa pengiktirafan di peringkat negeri, negara mahupun di peringkat antarabangsa diraih setakat ini turut disumbangkan faktor perkhidmatan awam negeri yang aktif dalam melaksanakan penambahbaikan proses.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada persidangan hari ke-6 Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-18 pada 16 Julai 2018.

Berkaitan dengan penambahbaikan proses, setakat ini menurut beliau sejumlah 560 buah projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang melibatkan sejumlah 233 buah kumpulan telah dilaksanakan.

Antara kejayaan terkini ialah “Projek Masalah Jerebu Akibat Dari Api Sekam Yang Sukar Ditangani Di Kuala Baram Industrial Estate Miri”.

Projek yang dilaksanakan oleh Lembaga Pelabuhan Miri dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri tersebut telah memenangi Anugerah Emas semasa International Conference Quality Creative Circle 2017 (ICQCC) di Manila, Filipina.

Menurut beliau lagi, usaha penambahbaikan proses tidak hanya terhad kepada KIK sahaja tetapi telah diperluaskan kepada satu lagi mekanisme penambahbaikan proses iaitu Aktiviti Fokus Utama (KFA) hasil ilham Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2010, sejumlah 888 proses KFA dalam perkhidmatan awam telah ditambah baik.

Hasil daripada usaha penambahbaikan tersebut, perkhidmatan awam negeri juga telah menerima anugerah Commonwealth Association Public Administration and Management (CAPAM) bagi kategori inovasi DNA untuk projek “Create and Innovate, make a difference; A Story of Our Journey” pada tahun 2016.

Pada perkara berkaitan, Sarawak turut mendapat penarafan kredit yang baik oleh agensi-agensi penarafan antarabangsa dalam aspek pengurusan kewangan yang berhemah.

Jelas beliau, Standard and Poor’s telah memberikan penarafan A minus manakala Moody’s Investor Service pula telah memberi penarafan A3 kepada pengurusan kewangan negeri.

Di samping itu, Jabatan Audit Negara telah mengeluarkan “Clean Bills of Health Certificate” 16 tahun berturut-turut kepada pengurusan kewangan negeri.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article