- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

Prestasi kewangan negeri meningkat sebanyak RM954 juta tahun lepas

Must read

Prestasi kewangan Sarawak mencatat peningkatan sebanyak RM954 juta atau 16 peratus dengan jumlah pendapatan keseluruhan sebanyak RM6.864 bilion untuk tahun 2017.

Menurut Menteri Kewangan Kedua YB Dato Sri Wong Soon Koh, peningkatan pendapatan negeri pada tahun lepas banyak disumbang oleh dividen daripada pelaburan, pampasan tunai sebagai ganti tuntutan hak ke atas minyak dan gas dan cukai jualan minyak mentah negeri.

Beliau yang merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang memaklumkan perkara berkenaan ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada hari ketujuh Mesyuarat Pertama bagi Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Kuching.

Setakat suku pertama 2018, beliau memaklumkan sejumlah RM2.802 bilion daripada perbelanjaan am atau 49 peratus daripada RM5.781 bilion peruntukan tahunan yang diluluskan telah dibelanjakan.

Daripada jumlah yang dibelanjakan, RM1.152 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan baki RM1.650 bilion diperuntukkan untuk Akaun Dana Pembangunan.

Manakala bagi perbelanjaan pembangunan pula, RM2.968 bilion atau 52 peratus daripada RM5.745 peruntukan tahunan yang diluluskan telah dibelanjakan dalam tempoh yang sama.

Beliau juga menjangkakan perbelanjaan pembangunan akan meningkat secara berperingkat sejajar dengan aktiviti-aktiviti ekonomi berterusan sepanjang tahun ini.

Pada masa yang sama, beliau menggesa agensi-agensi pelaksana supaya mengambil tindakan proaktif bagi memastikan program-program dan projek-projek yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) terutama projek berimpak tinggi dan memberi kesan berganda dilaksanakan segera bagi merangsang aktiviti-aktiviti ekonomi domestik.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article