Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg telah melancarkan Pertandingan Fotografi, Swafoto dan Swafoto Berkumpulan sempena Ulang Tahun Ke-150 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Pertandingan akan diadakan pada 1 hingga 31 Ogos 2018.
Menurut Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti merangkap Pengerusi Penganjur, YB Datuk Francis Harden Hollis, pertandingan dibuka kepada seluruh warga Malaysia termasuk pelancong asing dengan syarat gambar mestilah diambil berlatar belakang Kompleks DUN atau di sekitar perkarangan kompleks.
Pertandingan dibuka kepada beberapa kategori dan peserta yang memiliki kamera DSLR atau kamera point and shoot boleh menyertai kategori terbuka atau di bawah kategori institusi pengajian tinggi atau kategori sekolah menengah (13 ke 17 tahun).
Bagi yang ingin menyertai kategori Swafoto dan Swafoto Berkumpulan, peserta dibenar menggunakan telefon bimbit.
Menurut YB Datuk Francis, pertandingan diadakan bertujun untuk mempromosi Kompleks DUN, terutama kepada orang luar.
Borang pertandingan boleh dimuat turun di laman web rasmi DUN www.dun.sarawak.gov.my atau boleh didapati daripada Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pertandingan di Nonakraf Communication Sdn Bhd, No.59 Rumah Kedai, Taman Heng Guan, Jalan Matang, Kuching.
Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 082-445 723 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan.
Hadir sama pada majlis pelancaran pertandingan tersebut ialah Speaker DUN YB Datuk Amar Haji Mohamad Asfia Awang Nassar, dua Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan dan YB Tan Sri Datuk Amar (Dr.) James Jemut Masing, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi YB Dato Sri Michael Manyin Jawong dan Menteri Muda E- Dagang YB Datuk Haji Mohd Naroden Haji Majais.