- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kerajaan Negeri komited membekalkan utiliti asas dengan dana sendiri

Must read

Kerajaan Negeri komited untuk menyediakan utiliti asas seperti bekalan air dan elektrik dengan dana sendiri bagi mencapai sasaran 100 peratus bekalan utiliti menjelang 2025.

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg menjelaskan, utiliti asas seperti bekalan air begitu penting dan kehidupan seharian rakyat seharusnya tidak lagi terganggu dengan masalah tersebut.

Oleh itu, Kerajaan Negeri mengambil langkah holistik dalam menangani masalah bekalan air dan tidak hanya bergantung dengan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Hasil tinjauan beliau ke kawasan-kawasan yang terjejas, iaitu di Kabong, Simunjan dan Sungai Tekun, Mukah baru-baru ini, beliau mendapati ketiadaan bekalan air berpunca daripada masalah seperti saluran paip lama yang tidak berfungsi dengan baik, keadaan paip yang bocor dan tidak mempunyai ‘booster’.

Beliau menegaskan, Kerajaan Negeri akan berusaha mendapatkan dana sendiri bagi menyelesaikan masalah ini dan telah pun memperuntukkan RM2 bilion kepada Kementerian Utiliti bagi memastikan kawasan-kawasan terjejas mendapat bekalan air dalam tempoh tiga tahun dari sekarang.

Ketua Menteri turut mengakui, kelemahan dalam membekalkan kemudahan bekalan air terutama di luar bandar juga disebabkan oleh faktor kelewatan saluran dana dan kebergantungan Kerajaan Negeri terhadap peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Beliau memaklumkan perkara berkenaan ketika menghadiri Majlis Malam Anugerah Cemerlang Kementerian Utiliti 2018 yang telah diadakan di salah sebuah hotel di Kuching pada 27 Julai.

Seramai 178 orang kakitangan kementerian berkenaan menerima Anugerah Cemerlang Utiliti yang disampaikan oleh Ketua Menteri.

Turut hadir ialah Menteri Utiliti YB Dato Sri Stephen Rundi Utom dan Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti YBhg Dato Ir. Alice Jawan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article