- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Sarawak Regatta-Kuching Waterfront Festival 2018

Must read

Sarawak Regatta-Kuching Waterfront Festival 2018 akan diadakan pada 26 Oktober hingga 4 November 2018 bertempat di Tebingan Sungai Sarawak, Kuching.

Antara acara yang akan diadakan adalah Sarawak International Dragon Boat Race yang akan diadakan pada 26 hingga 28 Oktober 2018 dengan  acara perasmian Eye- Dotting pada 27 Oktober yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Sejumlah 12 negara antarabangsa akan menyertai Sarawak International Dragon Boat Race iaitu antaranya Brunei, China, Hong Kong, Thailand, Switzerland, Chinese Taipei (Taiwan), Philipines, Singapore, Macao, Germany, Indonesia dan Malaysia (Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak) yang melibatkan 29 pasukan dan lebih 900 orang peserta.

Manakala, perlumbaan Perahu Sarawak Regatta pula akan diadakan pada 2 hingga 4 November 2018 dengan acara perasmian Sarawak Regatta pada 3 November oleh Ketua Menteri Sarawak.

Sebanyak 14 kategori lumba perahu dipertandingkan yang melibatkan perahu balok, perahu bidar dan perahu kenyalang. Secara keseluruhannya, lumba perahu Sarawak Regatta akan melibatkan 24 peringkat saringan dan 12 peringkat akhir.

Acara kemuncak Sarawak Regatta untuk merebut Piala Raja Sungai dijadualkan pada 4 November 2018 dan akan disaksikan oleh TYT Yang Dipertua Negeri, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Sarawak Regatta-Kuching Waterfront Festival turut dimeriahkan dengan acara sampingan seperti Festival Jualan Makanan (Sarawak Kitchen) dan Keusahawanan serta Jualan Kraf Malaysia.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media yang telah diadakan di Kuching pada 15 Ogos 2018.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article