- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kumpulan Jagu Johan Konvensyen KIK Horizon Baharu Peringkat PBT 2018

Must read

Konvenysen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2018 telah melabuhkan tirai dengan kumpulan Jagu dari Majlis Daerah Sri Aman muncul sebagai johan melalui projek bertajuk Premix Thickness and Temperature Tester (PRE-T3).

Naib johan jatuh kepada kumpulan Emco dari Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan projek MDL EZ-Slot dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan ForceScap dari Majlis Bandaraya Miri dengan projek Advertisement Hanger.

Manakala pemenang Projek Pameran Inovasi pula adalah kumpulan Astra dari Majlis Daerah Subis selaku johan, kumpulan Emco dari DBKU naib johan dan kumpulan Claude Town VI dari Majlis Daerah Marudi di tempat ketiga.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah yang berlangsung pada 7 September lepas telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan dihadiri Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan) YBhg Datu Dr. Sabariah Putit serta Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (MLGH) Encik Bakrie Zaini.

Konvensyen yang bermula dari 3 hingga 7 September di Kuching disertai sebanyak 27 kumpulan yang terdiri daripada 23 PBT di seluruh negeri.

Bertemakan ‘Innovate for Better Tomorrow’, konvensyen diadakan bertujuan untuk mempromosi budaya kerja berkualiti dan meningkatkan produktiviti PBT dengan mengenal pasti masalah yang wujud untuk perhatian kementerian dan PBT selanjutnya serta mengenal pasti penyelesaian masalah melalui projek-projek KIK yang berpotensi untuk diseragamkan di semua PBT di Sarawak.

Selain itu, konvensyen juga diadakan bertujuan untuk menggalakkan aktiviti KIK dalam PBT dan menggalakkan penghasilan idea-idea inovatif dan kreatif bagi meningkatkan kualiti kerja dan melahirkan pasukan berprestasi tinggi (HPT).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article