- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Sibu Tuan Rumah Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri 2018

Must read

Bahagian Sibu menjadi tuan rumah Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri 2018 yang bakal berlangsung di Stadium Tertutup, Sibu dari 16 hingga 18 November depan.

Acara kemuncak akan dirasmikan oleh Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg pada hari terakhir sambutan.

Pelbagai pengisian program dan aktiviti seperti Showcase Belia, aktiviti pertunjukan permotoran, pertandingan Belia Got Talents, Bernopeng, Puteri Belia dan Youth Strongman akan diadakan.

Turut diadakan adalah aktiviti sukan dan kecergasan seperti Youth Fun Run, Wall Climbing, Zumba, Fun Dance, Senamrobik, Perkhemahan Belia Milenia, pameran kerjaya dan gerai jualan Belia Kitchen.

Selain itu, para belia juga berkesempatan untuk berinteraksi dan berdialog secara langsung dengan Ketua Menteri menerusi program Youth Townhall yang turut memberi peluang kepada belia untuk berkongsi idea dan cadangan dalam hal pembangunan belia di Sarawak, khususnya di Sibu.

Seperti tahun-tahun yang lepas, Anugerah Belia Negeri terus diadakan dengan kategori individu lelaki dan wanita masing-masing seorang penerima dan kategori persatuan.

Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media sambutan berkenaan, Hari Belia yang diadakan setiap tahun adalah bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan golongan belia dalam agenda pembangunan negeri dan mendekatkan para belia dengan kerajaan agar mereka lebih memahami serta melibatkan diri secara aktif dalam membangunkan negeri dan negara.

Tambah beliau, Hari Belia juga memberi peluang kepada belia untuk mengetengahkan kepellbagaian kreativiti serta bakat mereka dalam pelbagai bidang.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article