- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Sistem IoT Berpotensi Memajukan Sektor Pertanian Sarawak

Must read

Penggunaan Sistem Internet Untuk Segala-galanya (IoT) atau lebih dikenali sebagai sistem pertanian pintar yang telah disarankan untuk petani-petani moden kini dilihat berpotensi untuk memajukan sektor pertanian di Sarawak.

Menurut Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan) YBhg Datu Dr Sabariah Putit, ia adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri yang dipelopori oleh Ketua Menteri ke arah ekonomi digital.

Kerajaan sangat menggalakkan para petani menggunakan teknologi kerana ia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi seperti tanah tidak subur, tanah gambut, dan sebagainya sekaligus akan dapat meningkatkan kualiti dan hasil pertanian mereka.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Demonstrasi IoT sempena Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri di Lot Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Rampangi, Satubong pada 4 Oktober 2018.

Jelas beliau, tujuan kerajaan memodenisasikan bidang pertanian ini adalah untuk memastikan penglibatan petani-petani yang mempunyai hasil pendepatan yang kecil mampu meraih pendapatan yang lumayan dan berlipat ganda dengan penggunaan teknologi terkini.

Justeru, beliau mahu agar Jabatan Pertanian melihat usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah untuk memastikan semua lapisan masyarakat dapat melihat bahawa sektor ini mampu mengubah kehidupan mereka.

Hal ini kerana menurut beliau, mentaliti sesetengah orang sering melihat pertanian ini sebagai satu bidang yang berpendapatan rendah, namun di negara-negara maju, orang yang menjalankan aktiviti pertanian adalah golongan yang kaya raya kerana mereka mampu meraih pendapatan lumayan daripada hasil pertanian dengan menggunakan teknologi.

Namun demikian, beliau berasa gembira kerana melihat ramai yang datang ke TKPM bukan hanya untuk memberi sokongan tetapi disebabkan minat untuk melihat bagaimana usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam memodenkan pertanian melalui teknologi digital.

Beliau turut memuji inisiatif yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian dengan mengambil petani yang berpotensi dan individu yang berminat dengan bidang pertanian terutama anak-anak muda yang tahu menggunakan teknologi terlibat dalam sektor pertanian ini.

Beliau juga memberitahu banyak usaha sudah dilakukan oleh Jabatan Pertanian termasuk menandatangai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pihak swasta yang menjurus kepada pemasaran yang disifatkannya sebagai satu usaha yang baik untuk para petani.

Setakat ini, beliau dimaklumkan daripada Jabatan Pertanian bahawa terdapat 9 pusat TKPM di Sarawak dengan 4 telah beroperasi (Rampangi, Kabuloh, Pejiru dan Semenggok) manakala 5 lagi sedang dalam pelaksanaan (Kubong, Penipah, Paya Paloh, Debak dan Sungai Mauh).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article