- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

JHS Harus Sentiasa Berada Pada Tahap Kesiapsiagaan Dan Keluar Daripada Zon Selesa

Must read

Pengarah Unit Pemodenan Perkhidmatan Negeri, YBhg Dr Anthoney Valentine Laiseh menasihati kakitangan Jabatan Hutan SarawaK (JHS) agar sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berkaitan keselamatan dan kesejahteraan semua pihak.

Dalam pada itu, mereka turut diingatkan agar keluar daipada zon selesa dengan memberi penekanan kepada ketangkasan bekerja, ketepatan dan keberhasilan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan.

Menjelaskan perkara tersebut, beliau berkata bahawa penghasilan kerja haruslah berteraskan outcome dengan kesan yang signifikan, nilai tambah serta peningkatan secara berganda.

Kerana itu, jangan terjebak dengan perasaan yang selesa pada setiap masa dan elakkan diri daripada terperangkap dengan rasa puas hati, sebaliknya pastikan usaha-usaha adaptasi positif, kreativiti, dan inovasi baharu itu diteruskan.

Tambah beliau, selain menjadi pemerhati yang cekap, kita juga harus menjadi seorang penerima nasihat atau pendengar yang baik.

Sementara itu, berkaitan dengan idea dan ciptaan inovasi, beliau tidak menafikan bahawa kejayaan berinovasi memang sukar dicapai, tetapi untuk mengekalkan kejayaan adalah jauh lebih sukar dan mencabar.

Menurut beliau, kejayaan sesebuah jabatan amat bergantung kepada seluruh warganya yang sentiasa peka dan bertindak dalam memastikan sejauh mana usaha-usaha kreativiti dan inovasi diteruskan selepas mereka menikmati kejayaan.

Sehubungan itu, beliau berharap agar inovasi dan kreativiti terus dijadikan sebagai budaya untuk memupuk kecemerlangan.

Perkara ini dinyatakan beliau ketika mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani merasmikan Hari Inovasi dan Kesedaran Awam Jabatan Hutan Sarawak sempena Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2018 di Bilik Pejabat Hutan Bahagian Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi, Batu 6, Jalan Kuching Serian pada 9 Oktober 2018.

Jabatan Hutan telah memilih kluster alam sekitar dan teknologi untuk disesuaikan dengan tajuk program iaitu “Inovasi dan Kempen Kesedaran Alam Sekitar”.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article