- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Bandar Raya Kuching tuan rumah Persidangan Alliance for Healthy Cities (AFHC) Ke-8 2018

Must read

Bandar Raya Kuching dipilih sebagai tuan rumah Persidangan Global dan Perhimpunan Agung Alliance for Healthy Cities (AFHC) Ke-8 2018 yang akan bermula dari 17 hingga 19 Oktober ini bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Penganjuran persidangan tersebut diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani pada sidang media di Kuching pada 15 Oktober 2018.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg pada hari pertama.

Kali terakhir Kuching menjadi tuan rumah adalah pada 2004 sejak menyertai program Bandar Raya Sihat di bawah naungan Badan Kesihatan Dunia (WHO) pada 1994.

Persidangan kali ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri dengan sokongan WHO dan sekretariat Alliance for Healthy Cities di Jepun.

AFHC menghimpunkan para pembuat dasar, perancang, ahli akademik, badan-badan berkanun (NGO) dan indivdu untuk bertukar-tukar idea tentang pengurusan bandar bagi memastikan dimensi persekitaran sosial, ekonomi dan fizikal yang mapan diuruskan dengan baik untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

Pemilihan tema ‘Our Cities, Our SDGs, Our Journey’ untuk AFHC kali ini diharap dapat memberi gambaran berkenaan keperluan menyelaraskan usaha ke arah bandar raya sihat dengan matlamat pembangunan mapan atau SDGs (Sustainable Development Goals).

Jelas YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi, AFHC Ke-8 dijangka akan menarik seramai lebih 600 peserta dari dalam termasuk 275 peserta dari luar negara yang terdiri daripada 12 buah negara rantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik.

Persidangan berkenaan juga bakal menghimpunkan seramai lebih 80 orang Datuk Bandar daripada negara-negara yang terlibat.

Sebanyak 48 kertas kerja dibentang oleh pembentang yang mewakili beberapa buah negara ahli AFHC seperti Korea, Jepun, Indonesia, Hong Kong (China), Taiwan dan Australia termasuk pembentang tempatan di samping pameran yang mempamerkan sebanyak 182 poster dari enam buah negara termasuk Malaysia.

Menurut beliau, pemilihan bandar raya Kuching sebagai tuan rumah AFHC pada kali ini bukan sahaja diharap dapat mempromosi bandar raya Kuching dari segi pelancongan malah juga dapat melonjakkan ekonomi tempatan.

Kuching telah diiktiraf sebagai model bandar raya sihat di peringkat antarabangsa dan menerima pelbagai penganugerahan daripada WHO dan AFHC.

Tambah beliau, selain dikenali di kalangan pelancong dari rantau ini dan barat, penganjuran AFHC di Kuching kali ini juga adalah sesuai dengan pengisytiharan bandar raya ini sebagai Bandar Raya Perpaduan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article