- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

6 Inisiatif Dilaksanakan bagi Memperkasakan Sektor Pertanian di Sarawak

Must read

Sebanyak enam inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memperkasakan sektor pertanian di Sarawak.

Perkara ini dimaklumkan Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg ketika berucap pada Majlis Perasmian Sarawak AgroFest 2018 di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak, Kuching pada 25 Oktober 2018.

Beliau menyifatkan inisiatif-inisiatif tersebut sebagai pendekatan strategik untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap bidang pertanian kerana sebelum ini ia dianggap sebagai aktiviti secara kecil-kecilan namun, persepsi tersebut harus diubah kerana sektor pertanian adalah suatu perusahaan ekonomi yang boleh diurus secara korporat.

Antara inisiatif yang telah dilaksanakan ialah, mewujudkan kerjasama dengan syarikat peneraju bagi membantu petani-petani kecil kerana mereka tidak dapat bergerak secara bersendirian untuk memasarkan hasil-hasil pertanian mereka.

Kerajaan Negeri mahu bekerjasama dengan syarikat-syarikat peneraju kerana mereka mempunyai rangkaian dengan pasaran luar yang luas untuk memasarkan hasil-hasil pertanian secara tidak langsung boleh menggalakkan petani mengeluarkan hasil yang lebih banyak.

Inisiatif kedua ialah mewujudkan usahawan tani baharu yang mempunyai ilmu dan berpelajaran tinggi kerana kita sedang menyaksikan permulaan satu era baharu dengan wujudnya minat yang tinggi ditunjukkan oleh mereka yang berpendidikan tinggi berkecimpung dalam bidang pertanian komersial serta pengeluaran makanan.

Pertanian secara komersial ini boleh mendatangkan keuntungan yang besar dengan adanya pengetahuan dan kemahiran menggunakan teknologi, sekaligus akan dapat mengubah cara kita mengusahakan sektor pertanian ke arah yang lebih moden.

Inisiatif seterusnya Kerajaan Negeri telah memutuskan agar Sarawak mempunyai pusat pengumpulan hasil pertanian bagi membantu para petani memasarkan hasil pertanian mereka sehingga ke pasaran luar negara.

Peruntukan yang besar telah diberikan untuk membangunkan pusat pengumpulan di Bahagian Samarahan, Limbang dan Betong.

Kerajaan juga komited untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur di luar bandar dengan meluluskan peruntukan sebanyak RM2.8 bilion untuk bekalan air dan RM2.3 bilion untuk bekalan elektrik dan ini akan dilaksanakan dalam tempoh masa dua tahun.

Selain itu, kerajaan juga telah meluluskan dana teraju (venture capital) berjumlah RM200 juta sebagai modal teroka bagi membiayai projek-projek pertanian.

Inisiatif keenam yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri ialah, menambah peruntukan daripada RM24,000 kepada RM95,000 setahun kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) bermula dari tahun 2019.

Kerajaan Negeri akan terus menggalak dan menyokong PPK untuk memulakan perniagaan yang berimpak tinggi bagi meningkatkan pendapatan mereka.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article