- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Melatih Guru Menguasai Digital Media Literasi

Must read

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Sarawak; Pustaka Negeri Sarawak dan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) telah menganjurkan Bengkel Digital Media Literasi untuk guru-guru perpustakaan dan media di Kuching pada 8 hingga 9 November dan di Sibu pada 12 hingga 13 November 2018.

Bengkel tersebut disertai seramai 43 orang guru dari sekitar Kuching dan 41 guru dari sekitar Sibu.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak, Puan Leonora Penny anak Jaau, program tersebut dianjurkan bertujuan untuk membolehkan semua guru menguasai digital media literasi kerana zaman sekarang, murid-murid merupakan golongan yang sangat aktif dalam menggunakan digital media literasi dan situasi ini sukar untuk dikawal.

Justeru, guru-guru memainkan peranan yang sangat penting untuk membimbing murid-murid dalam menguasai digital media literasi dengan cara yang betul dan selamat.

Tambah beliau, bengkel tersebut yang berkonsepkan Training of Trainers (ToT) juga memberi pendedahan kepada guru-guru yang mengajar di peringkat menengah dan rendah mengenai keperluan menyebar luas kemahiran yang diperolehi kepada guru-guru lain serta anak-anak murid di sekolah masing-masing.

Oleh itu, beliau berharap melalui bengkel tersebut, guru-guru akan lebih komited untuk menyebar luas ilmu, pengalaman serta tips-tips yang berguna bukan sahaja di kalangan guru-guru dan murid-murid malah di kalangan komuniti setempat agar semua lapisan masyarakat dapat menguasai digital media literasi dengan cara yang betul dan selamat.

Bengkel Digital Media Literasi seterusnya akan diadakan di Bahagian Miri pada 14 hingga 15 November 2018.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article