- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

ASEMUS Platform Tingkatkan Kerjasama Muzium Sarawak dengan Institusi Muzium Global

Must read

Muzium Sarawak perlu mencari pendekatan untuk meningkatkan peranannya untuk memperolehi, memelihara, mempamerkan koleksi sejak kewujudannya tahun 1880.

Bagi mencapainya, Muzium Sarawak perlu bekerjasama dengan muzium dan institusi lain di seluruh dunia dan ASEMUS (Persidangan Asia Europe Museum Network General) adalah platform yang sesuai untuk Muzium Sarawak untuk bekerjasama dengan muzium lain di seluruh dunia untuk mencapai standard global.

Demikian menurut Ketua Menteri, YB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg dalam teks ucapan beliau yang dibaca oleh Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, YB Datuk Lee Kim Shin semasa Majlis Perasmian Persidangan ASEMUS Ke-8 di Kuching pada 15 November 2018.

Beliau turut berkata Kerajaan Negeri menyedari keperluan untuk memelihara warisan selain melaksanakan pembangunan fizikal di negeri ini.

Tambah beliau sebagai contoh memelihara serta memulihara monumen bersejarah, artifak dan tapak-tapak bersejarah untuk tatapan generasi muda selain ia turut menyumbang kepada sektor pelancongan di negeri ini.

Bagi menyokong usaha tersebut, Kerajaan Negeri telah pun memperuntukkan RM308 juta untuk membina kompleks muzium baharu untuk Muzium Sarawak yang dijangka siap sepenuhnya pertengahan tahun 2019 dan dibuka kepada orang ramai pada akhir tahun 2020.

Apabila siap kelak, menurut beliau lagi Muzium Sarawak bukan sahaja akan menjadi Muzium kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Muzium Negara Singapura malah menjadi ikonik baharu di Bandar Raya Kuching.

Muzium Sarawak itu nanti, jelasnya boleh digunakan untuk para saintis dan penyelidik, tempatan dan luar negara untuk melakukan penyelidikan mengenai kebudayaan, kesenian dan barangan lama.

Berkeluasan 6,500 kaki persegi, ruang pameran akan mengetengahkan koleksi Borneo yang merangkumi lebih daripada 42,000 tahun lalu.

Ia turut berfungsi sebagai pusat penyelidikan dan sumber selaras dengan wawasan Jabatan Muzium Sarawak menjadi Pusat Global untuk Warisan Borneo menjelang 2020.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article