- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Larangan Merokok di Sarawak berkuatkuasa 1 Mac 2019

Must read

Kabinet Sarawak telah bersetuju untuk melaksanakan larangan merokok di semua premis makanan di Sarawak berkuatkuasa 1 Mac depan.

Keputusan larangan merokok tersebut diambil adalah untuk kepentingan kesihatan masyarakat umum, demikian menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan,YB Datuk Dr. Sim Kui Hian menerusi kenyataan akhbar.

Bagaimanapun, Kabinet Sarawak juga bersetuju bagi 6 bulan pertama dari tarikh tersebut (1 Mac) akan menjadi tempoh untuk mendidik orang ramai mengenai larangan merokok di premis makanan dan tidak ada kompaun akan dikeluarkan sepanjang tempoh tersebut.

Berikutan dengan kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut, operator-operator berlesen boleh menyediakan tempat merokok khas di kawasan yang tidak kurang daripada tiga meter dari meja makan terdekat dan menjadi tanggungjawab mereka memastikan tempat tersebut sentiasa dalam keadaan bersih.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article