- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Simposium Pendidikan dan Latihan Vokasional Teknikal (TVET) pada 19 hingga 21 Februari 2019

Must read

Simposium Pendidikan dan Latihan Vokasional Teknikal (TVET) yang bakal berlangsung pada 19 hingga 21 Februari 2019 bertempat di hotel Pullman, Kuching akan dirasmikan oleh Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang  Haji Openg.

Simposium yang mengangkat tema “Membangun Bakat Dalam Ekonomi Digital” adalah anjuran bersama Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak dan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS).

Simposium kali ini akan menampilkan beberapa penceramah ternama dari Malaysia antaranya Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Sumber Manusia Negara YBhg Dato’ Amir Bin Omar, Pengerusi Pusat Bitara STEM Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Madya Dr. Mohd. Sattar Rasul dan penceramah-penceramah yang lain.

Manakala penceramah dari luar negara antaranya ialah Pesuruhjaya Tinggi Australia H.E. Andrew Goledzinowski, Pengarah Eksekutif Dewan Perdagangan dan Industri Malaysia-Germany Mr. Daniel Bernbeck, Pengarah Urusan Tigers Global Logistics (M) Sdn. Bhd dan beberapa penceramah luar negara yang lain.

Perkara ini dimaklumkan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, YBhg Datu William Patrick Nyigor semasa mengadakan sidang media berkaitan TVET Simposium di hotel Pullman pada 25 Januari 2019.

Menurut beliau, simposium TVET ini akan menjadi platform untuk meneroka kaedah bagi meningkatkan sinergi di kalangan pihak berkepentingan dalam membangunkan bakat sedia ada dalam bidang ekonomi digital.

Pada masa yang sama, ia juga bertujuan untuk meningkatkan pemahaman tentang revolusi industri 4.0 serta implikasinya terhadap perniagaan dan TVET.

Seterusnya ialah untuk menyediakan platform berkongsi amalan terbaik dalam pembangunan bakat terutamanya bagi memenuhi keperluan ekonomi digital.

Dijangka sebanyak 500 delegasi akan menghadiri symposium ini dengan yuran persidangan dikenakan sebanyak RM1,200 bagi setiap perwakilan yang boleh dituntut semula menerusi Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).

Manakala bagi pendaftaran berkumpulan (minimum lima perwakilan), yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM1,000 bagi setiap perwakilan.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman web simposium tvet2019.ppks.edu.my dan sebarang pertanyaan boleh dihantar terus ke sekretariat simposium di talian 0112- 9929916 (untuk kedua-dua mesej/WhatsApp atau panggilan telefon) dan melalui e- mel tvet2019@ ppks.edu.my.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article