- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kuasai Bahasa Inggeris, sebagai bahasa global dan teknologi dalam memacu Ekonomi Digital Sarawak

Must read

Golongan belia disaran agar  menguasai Bahasa Inggeris, selain akademik dan kemahiran teknikal dengan menjadikannya bukan sekadar bahasa global malah bahasa teknologi dan bahasa perniagaan yang semakin penting.

Demikian penekanan diberikan Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg semasa merasmikan Simposium Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) 2019 pada 19 Februari.

Tambah beliau lagi, penguasaan Bahasa Inggeris akan  membolehkan Sarawak mendepani cabaran Industri 4.0 dan Ekonomi Digital

Tindakan ini, jelas beliau bukanlah bermaksud menafikan kepentingan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi namun rakyat negeri ini perlu juga menguasai Bahasa Inggeris kerana setiap teknologi dan maklumat ditulis menggunakan Bahasa Inggeris.

Menurut beliau, dikhuatiri jika kurangnya penguasaan dalam Bahasa Inggeris bererti kita tidak akan dapat memahami maklumat yang ditulis seterusnya gagal menguasai teknologi-teknologi baharu.

TVET 2019 anjuran bersama Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak dan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) berlangsung selama 3 hari dari 19 hingga 21 November 2019 di Kuching dengan fokus membincangkan peranan TVET dalam “Membangun Bakat untuk Ekonomi Digital”

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article