- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Lebih banyak aktiviti TVET dan STEM melalui program Go4TVET dalam SCaT Fair 2019

Must read

Karnival Kerjaya dan Latihan Sarawak (SCaT Fair) 2019 dijangka lebih meriah pada tahun ini dengan penganjuran lebih banyak aktiviti berkaitan pendidikan teknikal dan vokasional dan latihan (TVET) dan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) melalui program Go4TVET.

Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar YB Datu Haji Len Talif Salleh ketika dalam sidang media penganjuran SCaT Fair 2019 memaklumkan, Go4TVET adalah program yang mempromosi TVET melalui demonstrasi latihan teknikal dan vokasional yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Mac di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Demonstrasi latihan teknikal termasuklah kemahiran dalam hiasan kek, ukiran buah, dan cabaran solekan kosmetik.

Selain itu, pertandingan fotografi dan pertandingan bola sepak robot ‘Soccer Robot Cup’ juga akan diadakan.

Beliau yang merangkap Pengerusi Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) turut memaklumkan, penganjuran STEM Playground diteruskan pada karnival tahun ini yang  menggunakan pendekatan penerokaan inovasi yang kreatif dalam suasana yang menyeronokkan.

SCaT Fair 2019 akan menyediakan 2,609 peluang pekerjaan kepada golongan belia lepasan sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) dan telah berjaya menarik penyertaan sebanyak 119 peserta pameran yang terdiri daripada pelbagai agensi dan syarikat berkaitan kerajaan, swasta, institusi latihan dan pihak industri.

Karnival tersebut dianjurkan oleh TEGAS dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi (MESTR), SCatFair 2019 dengan tema ‘Knowledge Inspires Creativity’ akan dirasmikan oleh Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg pada 16 Mac.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article