- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

PKPj Zulhairy Zaidel Ketua Pegawai Integriti Pertama Di Unit Integriti dan Ombudsman Negeri

Must read

Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Zulhairy bin Zaidel yang juga Mantan Timbalan Pengarah (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Sarawak,  Tuan Zulhairy Zaidel telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Integriti yang pertama di Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION), Jabatan Ketua Menteri Sarawak

Beliau yang telah berkhidmat dengan SPRM sejak 1 Mac 1999 telah mula menjalankan tugas di UNION sejak 11 Februari yang lalu dan jawatan beliau  kini diambil alih oleh PKPj Tuan Chang Ching sejak 18 Februari 2019.

Pada perkara berkaitan, beliau turut memaklumkan Sarawak akan mempunyai 54 Pegawai Integriti Bertauliah dengan 10 orang daripadanya adalah pegawai yang sedia ada manakala 44 orang kini sedang menjalani kursus yang dianjurkan oleh Akademi Pencegah Rasuah Malaysia.

Kesemua Pegawai Integriti Bertauliah tersebut akan ditempatkan di setiap Kementerian-Kementerian di bawah Kerajaan Negeri Sarawak dan agensi-agensi Badan Berkanun Negeri Sarawak.

Beliau menyatakan demikian selepas Majlis Serah Terima Tugas telah diadakan di Kompleks Pejabat SPRM Sarawak pada 22 Februari 2019.

Majlis Serah Terima Tugas tersebut adalah daripada PKPj Zulhairy bin Zaidel kepada PKPj Chang Ching, iaitu Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sarawak yang baharu.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article