- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Masjid India Bandar Kuching Lambang Usaha Berterusan Kekalkan Perpaduan dan Keharmonian

Must read

Masjid India Bandar Kuching atau ‘masjid terapung’ yang terletak berdekatan Jambatan Darul Hana di Tebingan Kuching telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada 1 Mac 2019.

TYT Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib dalam ucapan perasmian beliau menyifatkan pembinaan masjid berkenaan adalah sebagai usaha berterusan oleh masyarakat dan Kerajaan Negeri dalam  mengekalkan keamanan dan keharmonian di kalangan rakyat Sarawak yang berbilang kaum dan agama.

Jelas beliau lagi, selain menjadi tempat ibadah untuk masyarakat Islam, masjid tersebut yang terletak di lokasi sibuk yang mempertemukan kaum Melayu, Cina, Dayak dan India akan dapat memperkukuhkan lagi perpaduan di negeri ini.

Beliau turut menegaskan, pergaulan di antara masyarakat berbilang kaum di Sarawak adalah suatu amalan dan budaya unik yang mesti dipelihara dengan perasaan saling menghormati di antara satu sama lain.

Sementara itu, Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang turut hadir pada majlis tersebut memaklumkan pembinaan masjid bernilai RM10.6 juta itu yang mula dibina pada 2016 adalah cetusan idea TYT Yang Di-Pertua Negeri sendiri.

Tambah beliau, Masjid India yang seakan terapung di Sungai Sarawak dan terletak di kawasan yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi akan menjadi tarikan pelancongan baharu di bandar raya Kuching.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article