Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan), YBhg Datu Dr. Sabariah Putit telah menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran Ekspo Pameran Agensi Kerajaan, Korporat, Ekspo Komuniti Warisan Pintar dan Dapur Heritage sebagai pembuka tirai kepada Agenda Warisan Pintar Old Kuching pada 25 Mac 2019.
Turut hadir, Datuk Bandar Kuching Utara, YBhg Datuk Haji Abang Abdul Wahap Haji Abang Julai dan Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara, Dr. Haji Morshidi Ahmad.
Pelbagai agensi kerajaan dan pihak korporat menyertai Pameran Agenda Warisan Pintar Old Kuching 2019 dengan 40 booth yang disediakan.
Manakala 42 booth pula telah disediakan untuk Ekspo Komuniti Warisan Pintar yang disertai oleh komuniti setempat yang terdiri daripada Kampung Heritage dan Kejiranan Mesra Dewan Bandaraya Kuching Utara (KJM DBKU).
Antara program-program menarik sepanjang Pameran Agenda Warisan Pintar Old Kuching adalah seperti Ekspo Pameran Agensi Kerajaan/ Korporat, Ekspo Komuniti Warisan Pintar dan At Your Service Expo.
Manakala aktiviti sukan dan riadah pula merangkumi Earth Hour Heritage Night Run Heritage Fun Ride, Heritage Water Sport, Martial Arts Competition dan Street Soccer.
Aktiviti kekeluargaan turut diadakan antaranya, Kiddies Corner, e-Games, Heritage Games, Old Kuching Heritage Amazing Race, Kuching Got Talent serta pertandingan memuat naik foto dan video.
Program-program keusahawanan juga akan diadakan melalui program Dapur Heritage, Food Truck dan Flea Market.
Para pengunjung juga berpeluang menyertai e-Peraduan di samping berhibur dengan program seperti Speaker Corner, DJ Corner dan Busking Marathon.