- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Program Merapatkan Jurang Digital Masyarakat Pedalaman, Long Busang, Bukit Mabong, Kapit

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg melancarkan projek Infrastruktur WiFi di Long Busang, Bukit Mabong, Kapit pada 27 April 2019.

Turut kelihatan Timbalan Ketua Menteri YB Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing (tiga, kanan), Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Luar Bandar) YBhg Datu Jaul Samion (kanan), Menteri Muda Elektrik Luar Bandar YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Haji Junaidi (kiri), Menteri Utiliti YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom (dua, kiri) dan Pengurus Besar Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) Dr. Zaidi Razak (tiga, kiri).

Dipasangkan melalui VSAT (very small aperture terminal), WiFi yang dilancarkan berfungsi sebagai inisiatif sementara oleh SMA untuk menyediakan kemudahan komunikasi di kawasan pedalaman melalui Program Merapatkan Jurang Digital Masyarakat Pedalaman.

Turut sama menjayakan program tersebut sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) adalah tiga buah syarikat swasta, iaitu Danawa Resources, Sdn. Bhd., HNM Nadhir Sdn. Bhd. dan Reach10 Communication.

Menurut Ketua Menteri, keadaan bentuk muka bumi Long Busang yang berbukit bukau sangat sesuai untuk SMA menjalankan projek rintis berkenaan.

Dalam pada itu, Ketua Menteri turut meluluskan peruntukan RM2 juta bagi menaik taraf Masjid Darul Rahmah dan Gereja SIB di Long Busang.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article