- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

YB Datu Jaul Samion- Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu

Must read

Ketua Menteri, YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg mengesahkan YB Datu Jaul Samion sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu pada sidang akhbar di Wisma Bapa Malaysia pada 22 Ogos 2019 selepas mengumumkan barisan Kabinet Negeri Sarawak.

Beliau menjadi pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri pada bulan Mei selepas YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani mengambil cuti lanjutan sebelum persaraannya pada bulan Ogos.

Sebelum ini, YB Datu Jaul Samion merupakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Luar Bandar) dan pernah berkhidmat di beberapa kementerian termasuk Kementerian Pembangunan Tanah dan Kementerian Pembangunan Industri.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article