- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Sarawak tuan rumah Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2019

Must read

Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan (dua, kanan) mengadakan sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2019 di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching pada 27 Ogos.

Turut kelihatan Setiausaha Kerajaan Negeri YB Datu Jaul Samion (kanan) dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Eddin Syazlee Shith (dua, kiri).

Sarawak dipilih sebagai tuan rumah Sambutan Hari Malaysia 2019 dengan Padang Merdeka, Kuching dijadikan lokasi sambutan pada 16 September depan.

YB Datuk Amar Haji Awang Tengah yang juga Pengerusi jawatankuasa sambutan memaklumkan, sambutan kali ini akan menampilkan persembahan menarik seperti ‘Shadow Play’ dan perarakan kereta berhias yang memaparkan perjalanan Malaysia dari era 1960an, 70an, 80an, 90an, 2000 dan gambaran visi masa depan negara.

Selain itu, beberapa artis terkemuka negara juga turut mengadakan persembahan pada acara yang bermula seawal 5.30 petang.

Pihak jawatankuasa penganjur menjangkakan seramai lebih 10,000 orang akan membanjiri Padang Merdeka pada sambutan kali ini yang bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’.

Tema tersebut dipilih bertujuan untuk menekankan kepentingan perpaduan serta semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama serta memupuk nilai integriti dan jati diri rakyat Malaysia yang bersih.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article