- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

37 Sekolah Usang akan dibangun semula

Must read

Sebanyak 37 sekolah usang di seluruh Sarawak dikenal pasti untuk pelaksanaan pembangunan semula fasa pertama membabitkan peruntukan RM1 bilion.

Berdasarkan senarai yang dikemukakan Kerajaan Negeri kepada Jabatan Pendidikan, sekolah-sekolah tersebut melibatkan:

1. SK Kujang Mawang, Serian

2. SMK Balai Ringin, Serian

3. SK Anchi, Miri

4. SK Beluru Central, Miri

5. SK KG Baru, Kapit

6. SK Abun Matu, Belaga

7. SK Abang Amin, Maradong

8. SK Nanga Tada, Kanowit

9. SMK Rosly Dhoby, Sibu

10. SK Nanga Gayau, Betong

11. SK Melugu, Sri Aman

12. SK Nanga Meluan, Julau

13. SK Pendam, Samarahan

14. SK Sg Sepiring / Sg Tepus, Selangau

15. SK Nanga Machan, Kanowit

16. SK Grogo, Bau

17. SK Kpg Senari, Kuching

18. SK Lebur Remun, Serian

19. SK Tebelu, Simunjan

20. SK SLDB No.1, Mukah

21. SK Sg Tisang, Bintulu

22. SK Sg Setiam, Bintulu

23. SK Bario, Baram

24. SK Sambir, Samarahan

25. SK Long Pelutan, Baram

26. SK Kuala Serupai, Tatau

27. SK Labang, Sebauh

28. SK Nanga Kesit, Lubok Antu

29. SK Kambug, Padawan

30. SK KG Bobak / Sejinjang, Bau

31. SK Ulu Kakus, Tatau

32. SK Sg Lemaus, Subis

33. SK Long Busang, Belaga

34. SK Adin, Sarikei

35. SK Raba, Simunjan

36. SK Bulan Jeragam, Simunjan

37. SK Hj Junid, Saratok

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri Sarawak bertarikh 28 Ogos 2019, perkembangan ini dimaklumkan kepada Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dalam  satu taklimat Jawatankuasa Teknikal mengenai Pelaksanaan Pembangunan Sekolah-sekolah usang pada tarikh tersebut.

Jawatankuasa Teknikal itu dipengerusi bersama Ketua Pengarah Kerja Raya dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak yang turut membabitkan Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Pendidikan, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Setiausaha Kewangan Negeri, Pengarah Pendidikan Sarawak, wakil-wakil JKR Malaysia dan JKR Sarawak serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

Ketua Menteri melalui kenyataan tersebut turut memberitahu, projek pembangunan semula  (sekolah) akan dilaksanakan sehingga akhir Disember tahun ini yang mana proses mengeluarkan  tender baharu sahaja bermula.

Jawatankuasa ini akan mengemukakan laporan kemajuan kepada Jawatankuasa Pembangunan Persekutuan Negeri yang dipengerusikan bersama Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Amar Douglas Uggah dan Menteri Kerja Raya, YB Baru Bian.

Pada masa yang sama, Ketua Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada ahli jawatankuasa iaitu Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan atas komitmen mereka memastikan inisiatif pembangunan semula dilaksanakan dengan baik untuk manfaat pelajar.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article