- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

RM13.357 Bilion Diperuntukan Bagi Mempercepatkan Pembangunan Luar Bandar

Must read

Sebagai usaha untuk mempercepatkan lagi pembangunan di kawasan luar bandar, sejumlah RM13.357 bilion dicadang untuk diperuntukkan bagi melaksanakan beberapa projek yang berimpak tinggi di Sarawak.

Antaranya, pembinaan Jalan Utama Kedua yang menelan kos sebanyak RM1.526 bilion, RM1.173 bilion untuk pembinaan Jalan Pesisir dan RM1.148 bilion untuk projek di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA).

Selain itu, sejumlah RM500 juta turut diperuntukkan untuk pembinaan Projek Rakyat; RM500 juta untuk Projek Transformasi Luar Bandar (RTP); RM343 juta untuk projek di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA); dan RM236 juta untuk Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg ketika membentangkan Belanjawan Negeri Tahun 2020 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 4 November 2019.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article