- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kemudahan Prasarana Bangunan Pejabat Dalam Meningkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan

Must read

Bagi memastikan perkhidmatan awam negeri Sarawak dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik sudah semestinya kemudahan prasarana bangunan pejabat juga perlu dibangunkan dan dinaik taraf.

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg ketika membentangkan Belanjawan Negeri Tahun 2020 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 4 November 2019 telah mengumumkan akan menyediakan dana sejumlah RM307 juta bagi pembinaan dan pengubahsuaian pejabat dan kuarters kerajaan tahun 2020.

Projek-projek tersebut melibatkan pembinaan Pusat Pentadbiran Bersepadu Limbang, Kompleks Pejabat Pentadbiran Lawas, Pusat Pentadbiran Hub Halal Tanjung Manis, Wisma Residen di Jepak Bintulu; dan Pejabat Daerah di Mukah, Kapit, Serian, Sibu, Bintulu dan Miri.

Pada perkara berkaitan,  untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, Kerajaan Sarawak akan menyediakan RM52 juta di bawah Bajet 2020 untuk melaksanakan pelbagai inisiatif e-kerajaan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article