- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Inovasi JTS Sarawak bolot 6 anugerah pada MTE 2020

Must read

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak mengungguli kategori Public Service Innovation Award (PSIA) pada Malaysia Technology Expo (MTE) 2020 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur pada 20 hingga 22 Februari lepas.

Tiga projek inovasi yang dipertandingkan oleh JTS pada MTE 2020, iaitu Power4Fields – Portable Power Supply, Mobile Land and Survey Information System (LASIS) dan Sarawak Virtual 3D City masing-masing telah dianugerahkan pencapaian tertinggi dalam PSIA, iaitu Pingat Emas.

Anugerah disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara pada Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam.
Kecemerlangan ketiga-tiga projek inovasi tersebut berterusan dengan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas yang diberikan oleh institusi berkaitan dengan inovasi dan kreativiti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Mobile LASIS telah menerima Anugerah Khas daripada Malaysian Association of Creativity and Innovation (MACRI). Projek Sarawak Virtual 3D City pula telah diangkat sebagai penerima Anugerah Khas oleh International Alliance of Innovation and Invention Associations manakala projek Power4Fields diiktiraf untuk menerima Anugerah Khas daripada International Federation of Inventor’s Association (IFIA).
Penyertaaan JTS pada MTE 2020 kali ini adalah dengan kerjasama strategik bersama Sarawak Multimedia Authority (SMA).

Seramai sepuluh orang pegawai yang diketuai oleh Juruukur Kanan, Encik Ramzi bin Abdillah telah mewakili JTS untuk membentangkan ketiga-tiga projek inovasi berkenaan pada sesi penilaian di tapak pameran JTS di MTE 2020.

Turut hadir pada sesi penilaian tersebut adalah Dr Zaidi bin Razak, Pengurus Besar SMA, dan Dr Khairul Hafiz bin Sharkawi, Ketua Unit Pembangunan dan Penyelidikan SMA serta pegawai dari Unit Pemodenan Perkhidmatan Negeri, Jabatan Ketua Menteri Sarawak.

MTE 2020 merupakan platform bagi para penggiat inovasi dan kreativiti untuk mempamerkan inovasi mereka kepada umum.

Pameran kali ke-19 ini telah melibatkan 305 inovasi dari 150 penyertaan terdiri daripada organisasi perkhidmatan awam, syarikat pengeluaran dan firma teknologi, institusi pengajian tinggi, penyelidik dan peringkat sekolah.

MTE 2020 juga telah melibatkan penyertaan dari negara Croatia, Poland, United Kingdom, Iran, Taiwan dan Indonesia. Seramai lebih kurang 3500 pengunjung telah direkodkan menghadiri MTE 2020 pada hari pertama dan jumlah ini telah meningkat pada dua hari seterusnya.

Bagi kategori PSIA, sebanyak 30 projek telah dipamerkan untuk dipertandingkan melibatkan 15 organisasi perkhidmatan awam. Selain projek dari JTS, lima lagi projek inovasi dari organisasi lain turut menerima pingat emas, 10 organisasi menerima Pingat Perak dan 12 organisasi menerima Pingat Gangsa.

JTS adalah satu-satunya agensi pentadbiran tanah yang menyertai MTE 2020 dengan komitmen untuk sentiasa menambahbaik perkhidmatan JTS kepada rakyat secara berterusan selain dijadikan pentas untuk perkongsian dan mewujudkan jalinan bersama dengan penggiat industri inovasi dan kreativiti bukan sahaja dari peringkat tempatan, malahan di peringkat antarabangsa.

Penyertaan ini juga bertujuan untuk memperkenalkan inovasi yang digunapakai oleh JTS dalam perkhidmatan awam selain mempromosikan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak sebagai perkhidmatan awam bertaraf dunia.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article