- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

Sasaran liputan bekalan air dan elektrik 100 peratus menjelang 2025

Must read

Tidak kira di bandar mahupun luar bandar, bekalan air dan elektrik amat penting untuk kelangsungan hidup yang sejahtera

Kerajaan Sarawak tidak pernah mengabaikan keperluan penduduk di kawasan luar bandar dengan menetapkan sasaran liputan bekalan air dan elektrik 100 peratus menjelang 2025.

Bagi liputan bekalan air, kerja-kerja yang akan dijalankan merangkumi Program Grid Bekalan Air Sarawak di kawasan-kawasan kritikal dan naik taraf loji rawatan, takungan air, pam air serta penggantian saluran paip baharu selain memastikan semua sekolah di seluruh Sarawak akan mendapat bekalan air bersih.

Antara kawasan yang terlibat termasuklah cadangan pemasangan saluran paip dari Takungan Air Assyakirin ke Loji Rawatan Air Nyabau di Bintulu, sumber bekalan air mentah Betong, Bekalan Air Fasa 2 Dalat, Mukah, naik taraf Loji Rawatan Berawan di Limbang, Kampung Panchor Dayak, Serian dan bekalan air di Long Lama, Miri.

Manakala untuk bekalan elektrik pula, Pelan Induk Bekalan Elektrik Luar Bandar Sarawak yang sedang dilaksanakan menyasarkan peningkatan liputan bekalan elektrik 24 jam dari 91 peratus pada 2018 kepada 97 peratus pada hujung 2020 dengan peruntukan sebanyak RM1.45 bilion.

Projek tersebut akan memberi manfaat kepada kira-kira 13,000 isi rumah di luar bandar dan 7,000 isi rumah di kawasan yang jauh lebih terpinggir yang akan dibekalkan dengan sistem grid boleh diperbaharui seperti tenaga solar.

Untuk rekod, sejumlah RM3.742 bilion diperuntukkan dalam Belanjawan Negeri 2020 bagi membiayai program dan projek bekalan air dan elektrik yang kini masih dalam fasa pelaksanaan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article