- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Service Sarawak, Platform Perkhidmatan Berorientasikan Rakyat

Must read

Kaunter Service Sarawak di Miri

Pusat perkhidmatan sehenti yang lebih dikenali sebagai “Service Sarawak” akan bertindak sebagai saluran untuk kerajaan Sarawak mempromosikan penggunaan digital terutama kepada rakyat yang belum membiasakan diri menggunakan perkhidmatan digital.

Malah petugas barisan hadapan (terletak di kaunter informasi) bersedia membantu anda yang memerlukan bimbingan dan panduan menggunakan ataupun memilih platform yang sesuai.

Melalui Service Sarawak, di sini bukan sahaja perkhidmatan kaunter (merentasi setiap agensi kerajaan) disediakan dengan untuk membayar bil utiliti seperti bil air, bil gas, cukai taksiran 26 pihak berkuasa tempatan, perkhidmatan penarafan (Service Sarawak Sibu dan Miri) tetapi turut juga diperluaskan dengan perkhidmatan eKiosk (Sarawak Energy Berhad dan bil-bil kerajaan negeri) dan perkhidmatan layan diri (dalam talian)

Keselesaan rakyat juga dipertingkatkan dengan kemudahan bilik konsultansi (berkaitan hal kebajikan), sudut kanak-kanak selain tempat mengecaj telefon dan penyimpanan helmet.

Setakat ini terdapat 3 buah Service Sarawak, kesemuanya terletak di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kuching (beroperasi pada 1 Oktober 2018) dan Miri dan Sibu mula beroperasi pada 7 Oktober 2019 dengan waktu operasi Pusat Service Sarawak ialah pada Isnin hingga Jumaat bermula jam 8 pagi hingga 7 malam manakala hari Sabtu dan Ahad bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Service Sarawak dikendalikan oleh beberapa orang pegawai dari Unit Pemodenan Pentadbiran Negeri (SSMU), Jabatan Ketua Menteri, Majlis Perbandaran, Jabatan Perbendaharaan Negeri, Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan Negeri, Syarikat Utiliti dan Lembaga Air.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article