- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

D-Virtual Park Tarikan Baharu Samarahan

Must read

D-Virtual Park Samarahan

D-Virtual Park Samarahan yang dibangunkan oleh Serba Dinamik Group Bhd. merupakan projek perintis Taman Tema Realiti Maya (VR) pertama di Sarawak yang menggunakan teknologi hologram akan menjadi tarikan baharu di Samarahan.

D-Virtual Park menampilkan penerokaaan, permainan dan pertempuran maya dengan menggunakan teknologi tinggi yang canggih seperti VR Speed Cruser, VR Elevation D’luxe, VR Speed Cruiser, VR Gyrate, VR Gatling Gun, VR Knight Rider dan VR D Battleship.

Selain memberi peluang kepada para penonton untuk merasai pengalaman dalam industri penerbangan melalui simulator kapal terbang VR Elevation D’Luxe, permainan pertempuran VR Knight Rider dan sebagainya, taman maya ini juga bakal menjadi sebuah ekosistem yang akan membina kreativiti golongan muda.

Taman maya yang dibangunkan dengan kos berjumlah RM13 juta ini turut menyediakan kemudahan SD X Studio (ruang kerja bersama), SD X FabLab (makmal komuniti dan inovasi) dan SD X-Arena, GiGA Virtual-Cafe, D-Tamu dan SD-XLR8* (pusat penjaja digital dan peniaga tempatan).

Taman Maya ini akan dilancarkan oleh Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg pada 23 Mac 2020.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article