- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Kesihatan Sejagat Melalui Konsep Bandar Raya Sihat

Must read

Bandar Raya Kuching mula menyertai Program Bandar Raya Sihat Badan Kesihatan Dunia (WHO) pada Julai 1994

Gerakan Bandar Raya Sihat Sedunia oleh Badan Kesihatan Dunia (WHO) yang pada masa kini menggabungkan pulau-pulau, perkampungan, komuniti, pekan, majlis perbandaran, bandar raya dan bandar raya mega di seluruh dunia telah berjaya diterapkan di bawah strategi-strategi Piagam Ottawa untuk promosi kesihatan global.

Piagam Ottawa yang dilancarkan pada 1986 telah menggesa satu tindakan dibuat bagi mencapai tahap “Kesihatan Sejagat” menjelang tahun 2000 dan tahun-tahun seterusnya.

Di bawah piagam ini, syarat-syarat asas dan sumber-sumber kesihatan yang dikenal pasti merangkumi aspek keamanan, perlindungan, pendidikan, makanan, pendapatan, ekosistem yang stabil, sumber yang mapan serta keadilan sosial dan kesaksamaan.

Konsep bandar raya sihat termasuklah sekolah-sekolah yang sihat, tempat kerja, kemudahan penjagaan kesihatan, pasar raya dan sebagainya.

Bandar raya sihat turut merangkumi keseimbangan semangat masyarakat dan teknologi. Proses mewujudkan bandar-bandar yang lebih sihat adalah contoh praktikal yang menggambarkan keberkesanan perkongsian di antara Pihak Kerajaan Tempatan yang melibatkan jabatan, penduduk, Badan Bukan Kerajaan (NGO), sektor swasta, organisasi masyarakat dan ahli-ahli akademik.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article