- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

NACP 2019-2023 ke arah negara bebas rasuah dan berintegriti tinggi

Must read

Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023

Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang dibangunkan dan dilancarkan pada tahun lepas adalah bagi menggantikan Pelan Integriti Nasional (PIN) menetapkan matlamat jelas untuk mencapai visi nasional sebagai negara bebas rasuah dan berintegriti tinggi

NACP ini menyediakan pelan lebih menyeluruh dan berupaya memberi impak positif yang berkekalan, selain mengambil kira pandangan pelbagai lapisan masyarakat berkenaan usaha pencegahan rasuah yang lestari di negara ini untuk lima tahun akan datang.

Visi NACP adalah untuk mewujudkan negara bebas rasuah melalui penetapan tiga matlamat khusus iaitu Kebertanggungjawaban dan Kredibiliti Kehakiman, Pendakwaan dan Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang; Penyampaian Perkhidmatan Awam yang cekap dan responsif; dan Integriti dalam Perniagaan.

Pelan ini akan memacu peningkatan ketelusan melalui penerapan prinsip integriti dan kebertanggungjawaban dalam semua sistem serta prosedur sama ada di sektor awam mahu pun swasta.

Ia dilaksanakan berdasarkan 22 strategi yang akan diberi keutamaan bagi enam sektor utama dan ia mengandungi 115 inisiatif anti rasuah merangkumi enam sektor iaitu politik, perolehan awam, penguatkuasaan undang-undang, pentadbiran sektor awam, perundangan dan kehakiman serta tadbir urus korporat.

Pelan tersebut dibangunkan oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah, Jabatan Perdana Menteri (GIACC) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan lain dan boleh dimuat turun  di http://giacc.jpm.gov.my/pelan-anti-rasuah-nasional-nacp/

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article