- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Lampu Isyarat Pintar Berteknologi AI Diperluaskan di Sarawak

Must read

Grafik lampu isyarat pintar berteknologi Ai dilengkapi dengan kamera mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas

Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) memperuntukkan RM7.8 juta dana pada tahun lepas bagi menyiapkan projek pembinaan lampu isyarat pintar yang melibatkan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dan dilengkapi dengan kamera untuk mengurus serta mengawal lalu lintas di sekitar bandar Kuching.

AI adalah Kecerdasan yang dicipta dan dimasukkan ke dalam sistem komputer sehingga mampu melakukan tugas-tugas yang lebih kompleks daripada program komputer biasa.

Sebagai contoh, apabila berlakunya kesesakan lalu lintas, sistem ini akan memberikan masa yang lebih lama kepada lalu lintas.

Bagi memastikan aliran trafik di kawasan bandar negeri ini menjadi lebih sistematik dan moden dalam tempoh terdekat, lebih banyak lampu isyarat pintar akan dipasang di sekitar Kuching.

Projek perintisnya sudah pun dilaksanakan di Kuching sejak November 2019 melibatkan 42 lampu isyarat dan akan selesai pada Oktober 2020.

Setakat ini, empat lampu isyarat pintar berteknologi AI sudah beroperasi iaitu di Jalan Song, Jalan Satok, Jalan Tun Razak dan Green Road.

Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Sarawak YB Datuk Lee Kim Shin telah memaklumkan, lima (5) bulatan dari Stutong ke Samarahan akan ditukar menjadi persimpangan dengan menggunakan sistem lampu isyarat pintar berteknologi AI.

Projek tersebut akan dilaksanakan pada tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh 15 bulan, melibatkan bulatan;

1)   Setia Raja – Samarahan (berhampiran Tabuan Tranquility)

2)   Stutong – Samarahan (Pasar raya Giant)

3)   Persimpangan Institut Latihan Perindustrian (ILP) – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

4)   Pusat Jantung Sarawak – Samarahan

5)   Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) – Samarahan

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article