- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Meningkatkan Kecekapan Pelabuhan di Sarawak

Must read

Pelabuhan dilihat sebagai kemudahan yang sangat penting dalam menyokong rantaian aktiviti ekonomi dari segi penghantaran barangan ataupun kargo dari pintu masuk pengangkutan laut

Bagi memenuhi tuntutan perdagangan global, kemudahan dan prasarana pelabuhan ini perlu ditingkatkan.

Dengan erti kata lain, pelabuhan harus dilengkapi dengan jentera dan teknologi canggih untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanannya serta menjadikannya lebih menarik sebagai tempat transit dan hub transit.

Melalui Belanjawan Negeri Tahun 2020, Kerajaan Negeri akan melaksanakan tiga projek iaitu yang pertama projek Penyelidikan, Tinjauan, Kajian Hidraulik dan Penyediaan Induk Pelabuhan Laut Dalam di Tanjung Po, Kuching yang menelan kos sebanyak RM8 juta.

Projek seterusnya ialah pembinaan Sistem Pengurusan Lalu Lintas Kapal Kuching yang bernilai RM30.5 juta untuk meningkatkan keselamatan pelayaran

Manakala sejumlah RM40 juta untuk pemasangan bantuan navigasi untuk Kuala Rajang untuk meningkatkan saluran akses navigasi yang selamat ke Tanjung Manis dan Pelabuhan Rajang.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article