- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kursus PANDei Dilaksanakan Secara Atas Talian Melalui e-Pembelajaran

Must read

Masyarakat luar bandar dilengkapi dengan asas-asas kemahiran digital melalui Program e-Pembelajaran

Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) telah membangunkan e-Pembelajaran sebagai paltform untuk membolehkan komuniti luar bandar menyertai kursus PANDei (People Accessible Network for Digital Empowerment and Inclusivity) secara atas talian.

Inisiatif ini sebagai usaha untuk melengkapkan komuniti setempat dengan kemahiran digital asas agar mereka tahu menggunakan alat-alat mudah alih untuk saling berhubung dengan lebih baik dan lebih mudah, memanfaatkan kemahiran e-keusahawanan untuk meningkatkan taraf hidup, mengetahui adab serta tanggungjawab sebagai warga digital dan sebagainya.

Kemahiran-kemahiran ini juga sejajar dengan kegiatan harian seperti mencari maklumat dalam talian, saling berhubung melalui e-mel atau aplikasi sembang, melakukan urus niaga atau pembayaran elektronik secara dalam talian dan menggunakan perkhidmatan digital inisiatif kerajaan.

Melalui e-Pembelajaran ini, para peserta akan berpeluang mengikuti lima modul yang disediakan iaitu; Pengurusan maklumat dan komunikasi; Menggunakan Inisiatif digital kerajaan; Berurusan secara digital; Keselamatan dalam talian; dan Pustaka in a Box.

Modul ini juga mengandungi kurikulum mengenai keselamatan siber dan keupayaan menilai kesahihan maklumat untuk membantu meningkatkan kesedaran serta memastikan keselamatan pengguna dalam dunia digital.

Untuk menyertai kursus PANDei secara atas talian, anda hanya perlu klik pada pautan ini; https://www.openlearning.com/pustakasarawak/courses/kemahiran-asas-digital/

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article