Kebersihan diri hendaklah sentiasa diamalkan dari semasa ke semasa
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan pelbagai langkah berjaga-jaga dalam mengawal penularan wabak Corona Virus Disease 2019 (COVID-19).
Salah stau daripadanya adalah, mandi selepas keluar membeli barangan keperluan untuk ahli keluarga.
KKM menasihatkan, sejurus tiba di rumah, mana-mana ahli keluarga atau individu mesti meletakkan penutup hidung dan mulut yang telah digunakan ke dalam beg plastik sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
Kemudian, cuci tangan dan muka menggunakan sabun, cuci pakaian dan direndam dengan sabun pencuci.
Langkah-langkah tersebut perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum menyentuh ahli keluarga terutama anak-anak.
Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari (18 hingga 31 Mac 2020), hanya seorang wakil atau ketua keluarga dibenarkan keluar membeli makanan, barangan keperluan atau mendapatkan ubat-ubatan.