- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Sarawak Laksana 16 Langkah di bawah Pakej Bantuan Khas Kurangkan Beban Rakyat Kesan Covid-19

Must read

Sarawak memperuntukkan RM1.15 bilion di bawah “Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang” bagi mengurangkan beban rakyat akibat kesan wabak Coronavirus (Covid 19)

Peruntukan tersebut akan diterjemahkan melalui pelaksanaan 16 langkah-langkah yang melibatkan beberapa golongan sasaran antaranya petugas barisan hadapan, golongan berpendapatan rendah (B40), setiap isi rumah, komuniti perniagaan, sektor industri kecil dan sederhana, sektor pelancongan dan sebagainya.

16 langkah-langkah seperti yang diumumkan Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada 23 Mac yang lepas merangkumi:

1. Diskaun bil elektrik sebanyak 5 hingga 25% selama 6 bulan yang memberi manfaat kepada 686,847 pengguna seluruh Sarawak. Ini melibatkan kos RM166.8 juta

2. Diskaun bil air sebanyak 10 hingga 25% bernilai RM25.26 juta yang memberi manfaat kepada 568,247 pengguna seluruh Sarawak

3. Bantuan Khas bulanan sebanyak RM250 selama 6 bulan untuk 430,000 penerima daripada golongan berpendapatan B40

4. Insentif Khas bulanan selama 6 bulan bagi petugas barisan hadapan seperti RM300 untuk doktor dan pegawai perubatan. Manakala RM200 untuk Imigresen, Polis, Pegawai Bilik Gerakan Negeri, Angkatan Tentera Malaysia dan anggota RELA

5. Diskaun 50% bagi premis gerai pasar selama 6 bulan untuk pedagang gerai di bawah Majlis Tempatan dan Agensi Kerajaan Negeri sahaja.

6. Pengecualian bayaran permit dan lesen untuk tahun 2020 kepada peniaga, penjaja Tamu dan bazaar perayaan yang memanfaatkan pemilik-pemilik permit dan lesen melibatkan kos sebanyak RM8.44 juta

7. Diskaun kadar cukai pintu 25% bagi kadar cukai taksiran yang melebihi RM400 untuk tahun 2020.Ini akan memberi manfaat kepada 185,000 premis yang melibatkan kos sebanyak RM74.58 juta.

8. Penangguhan pembayaran pinjaman Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS) selama 9 bulan yang akan memberi manfaat kepada 144 industri kecil dan sederhana (IKS)

9. Tambahan RM20 juta untuk Skim Mikro Kredit kepada semua Industri Kecil Sederhana (SME)

10. 30% diskaun cukai tanah bagi tahun 2020 yang akan memberi manfaat kepada 52,403 pengguna yang melibatkan kos sebanyak RM11.84 juta

11.Penangguhan Pembayaran Premium Tanah bagi tahun 2020 yang akan memberi manfaat kepada 1,721 pemegang taruh

12. Pengecualian pembayaran lesen hotel dan rumah tumpangan yang melibatkan kos sebanyak RM386,630 yang memberi manfaat kepada lebih 340 pemilik hotel dan rumah tumpangan

13. 2 juta topeng muka percuma yang akan melibatkan kos sebanyak RM3.06 juta

14. Bantuan peralatan perlindungan bagi kakitangan perubatan melibatkan kos sebanyak RM10 juta

15. Bekalan makanan untuk kakitangan kesihatan yang bertugas di barisan hadapan

16. Diskaun 50% kepada penyewa rumah di bawah Skim HDC (Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak) selama 6 bulan yang memberi faedah kepada 3,200 penyewa seluruh Sarawak

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article