- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Mentransformasi Sektor Pertanian dan Pengeluaran Makanan di Sarawak

Must read

Bagi merealisasikan visi Sarawak untuk menjadi pengekspot makanan menjelang tahun 2030, seperti yang diumumkan dalam Belanjawan Negeri Tahun 2020 Kerajaan Sarawak akan memberikan tumpuan kepada pembangunan dan transformasi sektor pertanian dan pengeluaran makanan ke dalam sektor yang lebih moden dan berdaya saing melalui penerapan teknologi pertanian dan teknologi pintar.

Rentetan daripada perkara tersebut, sejumlah RM797 juta diperuntukkan untuk melaksanakan pelbagai program pertanian dan projek pada tahun 2020

Antara program dan projek utama yang akan dilaksanakan termasuklah Dana Fasilitasi Pertanian, Projek Tukun Tiruan Sarawak, Bantuan Tunai dan Peralatan untuk nelayan semasa musim landas, Penubuhan Agro Park di Sungai Sian dan Sungai Baji, Sarikei dan Sadong Jaya,Samarahan.

Selain itu, pembangunan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) di Serian, Betong, Lawas, Limbang, Samarahan dan Miri, Pembangunan projek untuk tanaman makanan, perikanan dan ternakan, Pelbagai projek pengairan pertanian di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA) dan Penubuhan Kawasan Perladangan Khinzir di Sibu, Samarahan dan Bintulu.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article