- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

RM5.145 bilion bagi pelaksanaan projek infrastruktur berimpak tinggi

Must read

Aspek infrastruktur merupakan asas penting yang perlu dibangunkan dalam merancakkan serta merangsang ekonomi ke tahap yang lebih tinggi terutama dalam usaha mencapai negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Menyokong kepada komitmen tersebut, sejumlah RM5.145 bilion diperuntukkan dalam Belanjawan Negeri Tahun 2020 bagi pelaksanaan pelbagai projek jalan dan jambatan pada tahun ini (2020)

Antaranya termasuklah projek Rangkaian Jalan Pesisir Pantai termasuk pelaksanaan jambatan utama seperti Jambatan Batang Kemena, Jambatan Batang Lupar, Jambatan Rambungan, Jambatan Batang Lassa dan Jambatan Batang Igan

Selain itu, projek Jalan Utama Kedua yang menyediakan jalan alternatif lebih pendek ke jalan raya utama, Lebuhraya Pan Borneo dan Rangkaian Jalan Pantai;

Pelbagai jalan dan projek jambatan di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA);

Projek-projek lain seperti Pembinaan jalan dari Marudi ke Mulu melalui Long Terawan, Miri, Pembinaan Jalan Ulu Tubai ke Mentawai / Gunung Buda, Limbang, Menaiktaraf Jalan Pakan, Sarikei;

Cadangan Jalan Nanga Menuan / Nanga Setepus Jalan, Kapit, Cadangan Jalan Kpg Sebauh ke Jalan Sebauh Hilir, Bintulu, Pembinaan Jalan Kampung Igan ke Sg. Rumah panjang Ilas dan Kpg. Sah, Kebuaw, Btg. Igan, Mukah dan Pembinaan Jalan Ijok / Teguyo / Lempaong / Batu Pesok / Rantau Layang, Betong.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article