- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Meneroka Ekonomi Hidrogen

Must read

Salah sebuah bas ART yang terdapat di negara China

Hari ini, teknologi hidrogen sedang giat dibangunkan di beberapa buah negara di serata dunia dan terbukti selamat untuk digunakan.

Berdasarkan perkembangan ini, Kerajaan Sarawak mengambil langkah berani dengan meneroka ekonomi hidrogen di samping mempelbagaikan sumber-sumber tenaga tradisional yang memberi kesan pada perubahan iklim.

Sebagai langkah awal, sebanyak RM20.3 juta diperuntukkan sebagai geran penyelidikan untuk melaksanakan inisiatif ekonomi hidrogen, seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dalam Belanjawan negeri 2020.

Inisiatif ini juga adalah sebagai usaha memodenkan kemudahan infrastruktur bandar pada masa akan datang seperti sistem pengangkutan awam, iaitu bas ART (Autonomous Rapid Transit) yang bergerak dengan sifar pelepasan karbon.

Peruntukan tersebut akan disalurkan kepada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) yang dipertanggungjawabkan untuk memulakan inisiatif berkenaan.

Selain itu, Kerajaan Sarawak juga akan meneroka penggunaan teknologi baharu dalam sektor pembuatan hinggalah ke sektor pertanian bagi mewujudkan peluang pekerjaan serta menarik industri baharu bernilai tinggi yang dapat menyumbang secara positif kepada produktiviti dan pendapatan rakyat.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article