- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Petani Meraih Pendapatan Lumayan Melalui Pertanian Pintar

Must read

Model Pertanian Pintar yang menggunakan teknologi Internet of Things (IoT)

Sejak dua tahun yang lepas, Kerajaan Sarawak melalui Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) telah melaksanakan projek perintis iaitu Pertanian Pintar yang menggunakan teknologi Internet of Things (IoT) di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Rampangi, Kuching.

Menurut pihak SMA, projek perintis yang diusahakan oleh 14 orang petani sejak awal tahun lepas telah memampukan mereka meraih pendapatan sekurang-kurangnya RM20 ribu sebulan.

Kerana itu, SMA sangat komited membangunkan projek perintis ini, justeru akan terus memastikan kajian penyelidikan mengenai penerapan teknologi baharu dan teknik penalaan halus (fine-tuning) pada pertanian pintar ini akan terus digilap.

Tujuannya ialah untuk meningkatkan pengeluaran hasil dan kualiti tanaman selain menjana pendapatan para petani ke arah yang lebih baik, serta melahirkan tenaga mahir dalam bidang pertanian yang lebih berdaya saing.

Dalam projek ini, para petani telah diperkenalkan dengan kaedah pertanian yang berasaskan penggunaan peralatan seperti mesin fertigasi automatik, sensor-sensor untuk mendapatkan data dan bacaan terkini kondusi tanah, alat perangkap makhluk perosak, penggunaan CCTV, stesen kaji cuaca dan juga web platform serta mobile apps.

Melalui penggunaan teknologi IoT ini, para petani bukan saja boleh mengakses maklumat-maklumat penting tetapi juga dapat mengetahui keperluan-keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tanaman mengikut peringkat pertumbuhan tanaman dan keadaan cuaca.

Antara kelebihan yang lain ialah penjimatan tenaga dimana petani boleh menguruskan tanaman, pembajaan dan penyiraman dengan hanya menekan butang pada telefon pintar mereka selain tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai serta mampu menjimatkan kos pengeluaran bagi baja dan juga masa.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article