- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Elakkan Tabiat Berbelanja Berlebihan, Belajar Mengawal Kewangan dengan Bijak

Must read

Keseronokan berbelanja ketika mendapat gaji pertama mungkin menjadi kebiasaan terutama bagi yang baru bekerja.

Menguruskan kewangan boleh menjadi pengalaman yang menyeronokkan dan mencabar kerana wang yang diterima dibelanjakan untuk keperluan dan kehendak.

Walau bagaimanapun, pengurusan kewangan yang lemah dan tabiat berbelanja yang buruk atau berlebihan akan mendatangkan masalah kewangan yang teruk.

Oleh itu, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah membuat anggaran perbelanjaan supaya wang yang dihabiskan dapat diketahui di samping mengenal pasti perbelanjaan yang perlu dikurangkan.

Semasa menyenaraikan perbelanjaan, senaraikan perbelanjaan tetap seperti bil utiliti, pinjaman yang perlu dibayar secara bulanan dan perbelanjaan lain seperti petrol atau tambang pengangkutan dan hiburan.

Kini, terdapat pelbagai aplikasi yang membantu pengurusan perbelanjaan yang boleh dimuat naik pada telefon pintar.

Elakkan berbelanja mengikut emosi. Dengan gaya hidup yang sibuk hari ini, ramai di antara kita mungkin beranggapan bahawa membelanjakan wang adalah salah satu cara untuk mengurangkan stres.

Walau bagaimanapun, tabiat tersebut boleh menjejaskan kewangan kerana wang tersebut mungkin dihabiskan untuk perkara yang sia-sia.

Harus disedari bahawa berbelanja mengikut emosi hanya memberi kesan baik yang sementara dan tabiat tersebut bukanlah sesuatu yang perlu dilakukan tatkala dilanda kesedihan atau tekanan.

Memiliki wang yang banyak juga boleh menimbulkan keinginan yang tinggi untuk membeli apa yang kita fikirkan sebagai keperluan, padahal sebenarnya ia hanyalah satu kemahuan.

Elakkan daripada terpengaruh dengan promosi besar-besaran yang dianjurkan oleh pasar raya yang seakan-akan menawarkan penjimatan kepada pembeli tetapi pada hakikatnya hanya untuk mempengaruhi pelanggan supaya membeli.

Oleh itu, mengenal pasti keperluan dan kemahuan dapat mengelakkan tabiat berbelanja yang buruk dan berlebihan.

Sebagai contoh, makanan dan kelengkapan peribadi adalah satu keperluan manakala minuman kopi di kafe mewah yang berharga puluhan ringgit pula hanyalah satu kemahuan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article