- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Inisiatif Tambahan Bagi Terus Memacu Gerakan Koperasi dalam Mengurangkan Impak Covid-19

Must read

Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) terus prihatin dalam membantu usahawan dan koperasi terutamanya dalam menangani kelembapan operasi perniagaan berikutan perlanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020 akibat penularan Covid-19.

Bagi tujuan tersebut, beberapa inisiatif baharu bagi membantu koperasi dalam menghadapi kelembapan operasi perniagaan akan dilaksanakan segera. Insentif kewangan baharu yang disediakan oleh Kerajaan melibatkan keseluruhan peruntukan RM1.0 bilion.

Melalui tambahan inisiatif ini akan menjadikan jumlah keseluruhan inisiatif adalah sebanyak RM1.099 bilion yang dapat memberi manfaat kepada 14,628 buah koperasi yang berdaftar di seluruh negara.

Jumlah tersebut termasuk dengan penangguhan bayaran balik Tabung Modal Pusingan yang diuruskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk tempoh enam (6) bulan yang bernilai sebanyak RM99 juta.

Inisiatif baharu meliputi perkara-perkara seperti yang berikut:

n  Koperasi akan diberi penangguhan daripada mendeposit keuntungan bagi tahun kewangan 2019 ke Akaun Deposit Koperasi (ADK). Penangguhan ini bakal memberi manfaat kepada 14,000 koperasi dengan jumlah tunai terlibat dianggarkan sebanyak RM600 juta

n  Koperasi diberikan pengurangan caruman ke Kumpulan Wang Rizab Statutori (KWRS) kepada 8% berbanding 15% kadar sedia ada daripada untung bersih koperasi untuk tempoh kewangan mulai 31 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020. Dianggarkan sebanyak RM333 juta lebihan likuiditi dalam gerakan koperasi dapat dimanfaatkan untuk memulihkan perniagaan yang terjejas.

n  Koperasi boleh mendapat pembiayaan dalam bentuk soft-loan yang disediakan di bawah Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK) sehingga RM50 ribu tanpa cagaran dengan grace period selama enam (6) bulan untuk tempoh sepanjang wabak. Proses dan tempoh kelulusan akan dipermudah dan dipercepatkan. Bagi tujuan ini, sebanyak RM15 juta disediakan

n  Koperasi juga disediakan kemudahan pembiayaan melalui Dana Likuiditi Pusat (CLF) untuk tempoh jangka pendek (1 tahun) dengan jumlah pembiayaan sehingga RM500 ribu. Jumlah peruntukan terlibat adalah RM50 juta dengan sasaran 100 buah koperasi yang benar-benar memerlukan suntikan kecairan jangka pendek bagi meneruskan operasi perniagaan koperasi di sepanjang tempoh PKP ini.

n  Geran bantuan kecemasan turut disediakan khusus untuk koperasi yang terjejas teruk dengan pandemik COVID-19 dengan jumlah maksimum pembiayaan sehingga RM30,000.00 bagi setiap koperasi. Jumlah peruntukan sebanyak RM1 juta telah disediakan.

n  Program Jualan Harga Patut Koperasi dengan peruntukan RM1 juta akan dilaksanakan dengan serampang dua mata bagi membantu anggota dan masyarakat lain mendapatkan beberapa barangan keperluan harian pada harga berpatutan di samping membantu memulihkan perniagaan koperasi. Program ini melibatkan 200 koperasi seluruh negara. Program ini juga dijangka dapat meningkatkan perniagaan sebanyak RM30,000 bagi setiap koperasi.

Sebagai Kerajaan yang prihatin, pelaksanaan inisiatif baharu ini diharap dapat meningkatkan kapasiti 14,628 koperasi untuk menggerakkan semula aktiviti perniagaan koperasi dan menyumbang dengan efektif kepada pembangunan ekonomi negara.

Insentif untuk meningkatkan aliran tunai membolehkan koperasi terus aktif dan menjaga kebajikan seramai 6.05 juta anggota koperasi.

Melalui inisiatif-inisiatif baharu tersebut juga, ia diharap akan dapat membantu dan mengurangkan bebanan koperasi sepanjang tempoh PKP ini.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article